Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya tujukan kepada Allah SWT kerana telah memilih saya untuk menjadi tetamu-Nya baru-baru ini. Pada penghujung Mei yang lepas, saya bersama-sama sebahagian mahasiswa Malaysia di Mafraq, Jordan telah berangkat ke Tanah Suci Kota Mekah dan Madinah untuk mengerjakan umrah.
Satu kelebihan bagi kami yang belajar di Jordan ini adalah dapat menunaikan umrah dengan bayaran yang jauh lebih murah berbanding dengan yang datang dari Malaysia. Bayarannya hanya lebih kurang 120 Dinar Jordan, bersamaan dengan RM600. Murah bukan?
Antara faktor yang menjadikan bayarannya murah mungkin kerana jarak antara Jordan dan Haramain tidak terlalu jauh. Hanya memakan masa lebih kurang satu hari perjalanan dengan menaiki bas.
Kami memulakan perjalanan dari Jordan pada petang 30 Mei 2012. Dan di sepanjang perjalanan kami terpaksa berhenti beberapa kali untuk urusan kemasukan ke Arab Saudi. Yang paling menguji perasaan adalah sewaktu kami berhenti di sempadan Jordan - Arab Saudi. Di sini, kami terpaksa menunggu selama berjam-jam untuk urusan kemasukan ke Arab Saudi. Di tambah lagi berhadapan dengan kerenah Arab yang lambat buat kerja. Cukup menguji perasaan.
Kami memulakan perjalanan dari Jordan pada petang 30 Mei 2012. Dan di sepanjang perjalanan kami terpaksa berhenti beberapa kali untuk urusan kemasukan ke Arab Saudi. Yang paling menguji perasaan adalah sewaktu kami berhenti di sempadan Jordan - Arab Saudi. Di sini, kami terpaksa menunggu selama berjam-jam untuk urusan kemasukan ke Arab Saudi. Di tambah lagi berhadapan dengan kerenah Arab yang lambat buat kerja. Cukup menguji perasaan.
Tiba di Madinah Al-Munawwarah
Alhamdulillah, kami selamat sampai di Madinah Al-Munawwarah pada malam 31 Mei. Lebih kurang satu hari perjalanan kami dari Jordan untuk sampai di Madinah. Kami terpaksa duduk berjam-jam di dalam bas. Terasa lenguh habis seluruh badan.
Sewaktu mula turun dari bas, saya mula merasakan bahang kepanasan walaupun pada waktu malam. Bahang tersebut mungkin kesan daripada cuaca yang terlalu panas pada waktu siang hari. Kedudukan bangunan-bangunan hotel berkaca yang rapat itu mungkin faktor yang menyumbang kepada keadaan tersebut. Sehinggakan lantai masjid Nabawi pun terasa panas ketika solat.
Jadi, pada malam pertama itu, terasa semacam bersemangat aje. Terasakan hilang semua penat, lenguh dan mengantuk ketika di dalam bas. Sehinggakan saya tidak tidur pada malam itu. Selepas saja meletakkan barang di hotel dan mempersiapkan diri, saya terus menuju ke Masjid Nabawi untuk beriktikaf tanpa menghiraukan perasaan mengantuk dan letih yang menuntut untuk dilunaskan di atas katil hotel yang empuk.
Alhamdulillah, pada malam itu dapat juga saya untuk solat di Raudhah dalam masjid Nabawi. Selepas mengerjakan beberapa rakaat solat sunat di situ dan membaca beberapa muka surat al-Quran, sempat juga saya berkenalan dan berbual dengan seseorang yang berasal dari Tunisia. Dia juga sama macam saya, datang ke bumi Haramain untuk mengerjakan ibadat umrah. Cuma keberadaan dia di sana lebih lama dari saya. Seingat saya namanya Wajdi dan umurnya 35 tahun. Apa yang menarik tentang dia merupakan seorang yang ramah dan suka berkongsi ilmu. Sepanjang perbualan kami, ada saja perkara ilmu yang dia selitkan. Saya suka orang begini. Dan satu lagi, dia amat suka apabila mengetahui saya orang a'jam yang boleh berbahasa Arab (walaupun takde la lancar sangat).
Selepas waktu Subuh hari pertama itu, saya dan kawan-kawan sempat juga untuk menziarah makam Nabi SAW dan Sayyidina Abu Bakar dan Umar, dan juga perkuburan Baqi' yang menjadi tempat bersemadinya jenazah para sahabat RA. Perkuburan Baqi' ini letaknya juga di kawasan Masjid Nabawi, di sebelah pintu masuk dekat dengan makam Nabi SAW.
Keberadaan saya di Madinah selama lebih kurang 3 hari. Sepanjang 3 hari tu sempat la juga untuk membeli sedikit buah tangan seperti jubah Haramain dan lain-lain untuk dibawa pulang ke Jordan. Apa yang saya lihat di Madinah ini adalah kebanyakan peniaga-peniaga di sini terdiri daripada kalangan orang asing. Rata-ratanya daripada kalangan orang Bangladesh. Orang Indonesia juga ada yang berniaga di sini, tetapi mereka termasuk dalam kalangan minoriti. Menariknya, masyarakat Bangladesh yang berniaga di sini mampu untuk berbahasa Melayu. Jadi, tidak menjadi masalah bagi jemaah umrah yang datang dari Malaysia atau Indonesia untuk berurusan ketika membeli-belah. Kadang-kadang, terdetik rasa kagum dalam hati dengan kesungguhan masyarakat asing tersebut yang sanggup berkelana di bumi orang demi mencari rezeki. Cekal sungguh jiwa-jiwa golongan ini.
Seterusnya, pada malam terakhir saya di Madinah, sekali lagi saya sempat berbual dengan kenalan baru. Juga di tempat yang sama iaitu di Raudhah, tetapi kali ini kenalan saya itu asalnya dari Indonesia. Dari rumpun yang sama iaitu nusantara. Namanya Avenn, dia bekerja sebagai seorang doktor di Indonesia, dan umurnya 46 tahun. Sangat seronok berbual dengan Dr. Avenn. Ada saja kata-kata nasihat dan motivasi yang menerjah ke telinga saat itu. Sangat bersyukur kerana ditemukan dengan orang seperti Avenn.
Saya mengharapkan agar dapat berjumpa lagi dengan Avenn dan Wajdi ketika di Mekah, tetapi malangnya saya tidak bertemu dengan mereka. Terkilan sungguh.
Pada hari terakhir di Madinah itu, sebelum berangkat ke Mekah, saya bersama rombongan berpeluang untuk menziarah beberapa tempat bersejarah di sana. Antaranya Bukit Uhud yang menjadi tempat berlakunya Perang Uhud yang meletus kerana orang-orang musyrik ingin membalas dendam kepada orang-orang Islam atas kekalahan teruk yang mereka hadapi dalam peperangan Badar.
Antara tempat lain yang kami lawati ialah ladang kurma dan kilang percetakan al-Quran. Sesiapa saja yang melawat ke kilang percetakan al-Quran di Madinah, pasti tidak akan pulang dengan tangan kosong, kerana mereka akan dihadiahkan oleh pihak kilang dengan sebuah al-Quran cetakan Arab Saudi sebagai tanda penghargaan. Dan saya difahamkan bahawa 70% daripada al-Quran yang dicetak di sini akan diagihkan ke seluruh dunia secara percuma. MasyaAllah, baiknya mereka.
Kami juga tidak melepaskan peluang untuk melawat ke dua masjid yang bersejarah di dalam Islam iaitu Masjid Quba' yang menjadi masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah SAW dan Masjid Qiblatain tempat berlakunya peristiwa di mana para sahabat RA solat berkiblatkan kepada dua arah iaitu Masjid Al-Aqsa dan Kaabah.
Berihram
Kami juga tidak melepaskan peluang untuk melawat ke dua masjid yang bersejarah di dalam Islam iaitu Masjid Quba' yang menjadi masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah SAW dan Masjid Qiblatain tempat berlakunya peristiwa di mana para sahabat RA solat berkiblatkan kepada dua arah iaitu Masjid Al-Aqsa dan Kaabah.
Masjid Qiblatain
Masjid Quba'
Berihram
Selepas menziarah tempat-tempat tersebut, kami terus menuju ke Masjid Bar Ali di Zul Hulaifah yang menjadi miqat bagi jemaah umrah yang datang dari Madinah. Masjid ini adalah tempat untuk kami berniat ihram umrah. Selepas hampir sejam mempersiapkan diri dan memakai pakaian ihram, kami terus berangkat ke Mekah Al-Mukarramah untuk mengerjakan ibadat umrah.
Pada mulanya, agak sukar bagi saya untuk menyelesakan diri dengan pakaian ihram. Maklumlah, kali pertama pergi umrah. Pemakaian saya jadi serba tidak kena. Sebelum itu, saya amat bimbang untuk berihram kerana takut kain ihram tersebut tercabut dari badan. Tapi, alhamdulillah, apa yang menjadi kebimbangan itu tidak pun berlaku.
Pada mulanya, agak sukar bagi saya untuk menyelesakan diri dengan pakaian ihram. Maklumlah, kali pertama pergi umrah. Pemakaian saya jadi serba tidak kena. Sebelum itu, saya amat bimbang untuk berihram kerana takut kain ihram tersebut tercabut dari badan. Tapi, alhamdulillah, apa yang menjadi kebimbangan itu tidak pun berlaku.
Tiba di Mekah Al-Mukarramah
Perjalanan dari Zul Hulaifah memakan masa hampir 6 jam dengan menaiki bas. Kami tiba di Mekah pada waktu Maghrib. Selepas check in hotel dan meletakkan barang-barang, saya dengan beberapa orang lagi kawan menuju pula ke Masjid Al-Haram untuk melaksanakan tujuan utama kami, iaitu menunaikan ibadat umrah.
Dari hotel kami, ada disediakan bas untuk membawa jemaah umrah atau haji yang menginap di hotel sekitar situ ke Masjid Al-Haram. Tidak dikenakan apa-apa bayaran. Dan ada juga segelintir orang Indonesia yang bekerja sebagai pemandu bas tersebut.
Dari hotel kami, ada disediakan bas untuk membawa jemaah umrah atau haji yang menginap di hotel sekitar situ ke Masjid Al-Haram. Tidak dikenakan apa-apa bayaran. Dan ada juga segelintir orang Indonesia yang bekerja sebagai pemandu bas tersebut.
Ketika mula-mula sampai di Masjid Al-Haram, kali pertama saya melihat kaabah secara langsung di hadapan mata. Perasaan pada waktu itu memang tidak dapat digambarkan. Terasa sebak di dada. Kadang-kadang terasa ingin menitiskan air mata. Jauh di sudut hati, terasa bersyukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana memilih diri yang hina ini untuk menjadi tetamu-Nya di bumi suci itu.
Satu suasana menarik yang dapat dilihat di Masjid Al-Haram adalah sepanjang masa ianya meriah dengan orang yang tidak putus-putus berkunjung. Dan suasana di masjid ini juga sepanjang masa hidup dengan alunan-alunan kalam Allah dan zikir-zikir. Di sekeliling kaabah pula 24 jam sentiasa hidup dengan orang yang bertawaf. Di tingkat bawah masjid, akan kita dapati adanya kelas-kelas tasmi' al-Quran di hadapan syeikh-syeikh. Suasana ini tidak akan kita dapati di Malaysia. MasyaAllah, sungguh saya merindui suasana itu. Sangat-sangat rindu.
Suasana di dalam Masjid Al-Haram
Di Mekah, saya tidak banyak membeli belah, kerana sudah banyak duit yang dihabiskan semasa di Madinah. Saya keluarkan duit hanya untuk membeli makanan. Makanan yang dijual di sini harganya sangat mahal, dengan kandungan makanan yang tidak seberapa. Rata-rata peniaga makanan di sini merebut peluang untuk meraih keuntungan semaksimum mungkin. Sasaran utama mereka adalah orang-orang asing yang datang ke Mekah untuk menunaikan umrah atau haji. Dan seperti juga di Madinah, rata-rata peniaga makanan di sini terdiri daripada golongan asing seperti Indonesia dan Bangladesh.
Hari-hari yang berbaki di Mekah saya habiskan dengan beriktikaf di masjid. Solat sunat, membaca al-Quran dan berzikir menjadi rutin harian saya ketika di Mekah. Sungguh, saya rindukan saat-saat itu. Tetapi, malangnya, saya tidak dapat beristiqomah dan konsisten dalam melakukan ibadat-ibadat tersebut. "Ya Allah, sungguh lemah diri hamba-Mu ini. Kurniakanlah daku kekuatan ya Allah."
Mencium Hajar Aswad
Pada malam terakhir saya di Mekah, seusai saja solat Isyak di masjid, saya melakukan tawaf sunat. Ketika sedang tawaf, terdetik di hati saya untuk mencium hajar aswad. Sejenak selepas daripada itu, muncul dua orang pemuda Indonesia yang menawarkan pertolongan kepada saya untuk mencium hajar aswad. Memikirkan keadaan tubuh saya yang kecil ini, seolah-olah mustahil pula untuk meredah masuk ke dalam kesesakan orang yang berebut-rebut untuk mencium hajar aswad itu. Lalu, tanpa berfikir panjang saya terima saja tawaran itu. Alhamdulillah, beberapa minit selepas itu akhirnya saya dapat juga mencium hajar aswad. Terasa ingin menitiskan air mata di saat itu tanda kesyukuran kepada Allah SWT. Saya difahamkan bahawa dua orang pemuda itu merupakan pelajar di Mekah. Kedua-duanya sangat baik dan peramah.
Hajar Aswad
Berangkat pulang
Selepas melakukan tawaf wida', saya bersama rombongan mula berangkat pulang pada hari Sabtu, 9 Jun 2012. Kami tiba di Jordan pada hari Ahad, 10 Jun 2012. Disebabkan kelewatan itu, kami terpaksa tidak menghadirkan diri ke kelas pada hari Ahad tersebut.
Akhir kata
Walaupun pengalaman berada di bumi Mekah dan Madinah hanya untuk seketika waktu, ia amat memberi kesan kepada jiwa saya. Banyak kali hati saya menjadi sebak ketika di sana, malah kadang-kadang terasa ingin menitiskan air mata. MasyaAllah, indahnya saat ketika berada di bumi Haramain.
Sungguh, saya berasa teramat rindu dengan bumi Haramain. Rindu akan suasananya, rindu untuk melihat kaabah secara langsung, rindu untuk tawaf di sekeliling kaabah dan semuanya. Sungguh suasana itu tidak akan kita dapati di mana-mana tempat lain selain di Baitullah. Terasa ketenangan yang amat sangat sepanjang keberadaan di bumi Haramain, Alhamdulillah.
Kadang-kadang saya terfikir, alangkah baiknya sekiranya setiap masjid di dunia ini hidup sehidup Masjid Nabawi dan Masjid Al-Haram, meriah semeriah kedua-dua masjid tersebut. Tapi, apabila melihat sikap umat Islam sekarang, dirasakan seolah-olah ia hanya khayalan yang tidak dapat menjadi nyata. Umat Islam sedang tenat. Perlukan penawar.
"Ya Allah, sampaikanlah aku lagi di bumi suci-Mu itu."
"Ya Allah, sampaikanlah aku lagi di bumi suci-Mu itu."
Wallahua'lam
0 comments:
Post a Comment